Kurikulum TABA

22 Apr

KURIKULUM

KURIKULUM

Frank Bobbit (1918), dalam buku ‘The Curriculum’ menghuraikan kurikulum sebagai :

1. keseluruhan pengalaman, yang tak terarah dan terarah, terumpu kepada perkembangan kebolehan individu

2. satu siri latihan pengalaman langsung secara sedar digunakan oleh sekolah untuk melengkap dan  menyempurnakan pendedahannya. Konsep beliau menekankan kepada pemupukan perkembangan individu melalui segala pengalaman termasuk pengalaman yang dirancangkan oleh sekolah.

Definisi kurikulum

Kurikulum ialah spesifikasi yang bertujuan untuk

mengkomunikasikan keperluan dan kandungan untuk suatu

cadangan pendidikan dalam bentuk yang boleh diterjemahkan secara berkesan dalam praktikal. (Stenhouse, 1971)

Soalan penting

• Apakah langkah yang diambil untuk menggubal kurikulum?

• Bagaimanakah kurikulum digubal?

• Apakah elemen-elemen dalam penggubalan kurikulum dan

bagaimanakah elemen-elemen tersebut berhubung dengan yang

lain secara konseptual?

Mengikut Akta Pendidikan 1996; Pendidikan (Peraturan Kurikulum Kebangsaan, 1997 ) mendefinisikan

Kurikulum Kebangsaan sebagai :

‘program pendidikanyang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang mencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dan kepercayaan untuk membantu mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal, rohani, mental dan emosi serta memupuk dan memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan ilmu pengetahuan’

Sesuatu teori Kurikulum kurikulum mesti menyentuh aspek-aspek berikut:

1. Kurikulum sebagai unsur budaya/ ilmu pengetahuan

? Teori Kurikulum harus mempunyai ulasan tentang apakah unsur budaya/ ilmu pengetahuan yang hendak dikenalpasti.

? Apakah yang ingin diajar?

2. Kurikulum ialah untuk kumpulan pelajar tertentu

? Teori Kurikulum harus menguraikan kumpulan pelajar yang dibenarkan mempelajari mata pelajaran tertentu.

? Siapakah yang diajar?

3. Kurikulum membantu guru/pendidik mengajar

? Teori Kurikulum harus mempunyai ulasan tentang apakah unsur  budaya/ ilmu pengetahuan yang gunakan oleh guru.

? Harus menyatakan reka bentuk kurikulum

? Tujuan, matlamat, objektif, isi kandungan…

• Apakah reka bentuk kurikulum?

4. Konteks sosial, politik, ekonomi sentiasa berubah

? Teori kurikulum harus menghuraikan cara unsur budaya/ ilmu

pengetahuan yang menyebabkan kurikulum berubah-ubah

merentasi masa.

? Teori kurikulum harus menghuraikan perkembangan kurikulum

Bagaimana perubahan masyarakat mempengaruhi perubahan

kurikulum.

Konsep Umum Kurikulum

Konsep kurikulum dapat dijelaskan dengan lebih baik lagi melalui cara bagaimana sekolah menjawab sembilan soalan kurikulum yang berikut ini :

1. Apakah yang harus diajar ?

2. Kepada siapa ia harus diajar ?

3. Mengapa ia harus diajar ?

4. Bagaimana ia harus diajar ?

5. Bila (berapa lama dan bagaimana susunannya?) harus ia diajar?

6. Bagaimana kita harus tahu bahawa pembelajaran telah berlaku?

7. Apakah sumber yang akan digunakan (buku teks, bahan, video dll)?

8. Dalam keadaan bagaimanakah kurikulum akan dilaksanakan? Apakah kumpulan (kooperatif, homogenous, individu) yang akan digunakan

9. Apakah aspek situasi bilik darjah (susunan meja kerusi,ekologi bilik darjah) yang akan digambarkan dalam kurikulum?

Reka Bentuk Kurikulum mengikut Tyler, Taba dan Stenhouse

Ralph tyler

• Pengaruh penting dari 1949

Empat soalan mesti dijawab semasa menggubal kurikulum.

1. Apakah tujuan pendidikan yang ingin dicapai?

2. Apakah pengalaman pendidikan untuk mencapai tujuan

pendidikan ?

3. Bagaimanakah pengalaman pendidikan disusun?

4. Adakah tujuan pendidikan telah dicapai?

Hilda taba

• Penggubalan kurikulum haruslah sistematik, objektif, saintifiik dan

berorientasi penyelidikan

• Andaian pembelajaran tujuan penting bagi sekolah

• “curricula are designed so that students may learn”

• Lebih preskriptif daripada tyler

Taba mencadangkan tujuh langkah semasa menggubal kurikulum.

• Urutan 7 langkah

1. Diagnosis keperluan

2. Pembentukan objektif

3. Pemilihan isi kandungan

4. Penyususunan isi kandungan

5. Pemilihan pengalaman pembelajaran

6. Penyususunan pengalaman pembelajaran

7. Penentuan apa yang dinilai dan caranya

Model Stenhouse

– Kurikulum ialah satu proses.

– Kurikulum berkaitan dengan interaksi antara guru, pelajar dan

ilmu.

– Kurikulum ialah sesuatu yang berlaku dalam bilik darjah.

– Digunakan sebagai panduan penyediaan pengajaran.

– Pembelajaran ialah spesifikasi tentang amalan pengajaran

- Pembelajaran adalah berpusat kepada murid.

– Proses pembelajaran merupakan tugas utama guru.

Jenis-Jenis Kurikulum

1. Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia merupakan satu set dokumen untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang berlaku dibilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai. Setiap sekolah ada kurikulum terancang iaitu satu set

objektif yang berstruktur dengan kandungan dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan. Ia merupakan rancangan eksplisit dan operasional yang dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut mata pelajaran dan gred, di mana peranan guru didefinisikan dengan jelas (Ornstein, A.C. & Hunkins, F, 1983)

2. Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal. Ia mungkin disebut sebagai kurikulum ”tak rasmi” atau ”terlindung” atau ”tak formal”.

Kurikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi. Ia merupakan perlakuan dan sikap yang dibawa kedalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit. Ia terdiri dari peraturan tidak bertulis, konvokesyen, adat resam dan nilai budaya. Ia dibentuk oleh faktor-faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan kurikulum

1 Amalan P&P

2 Kegiatan kokurikulum

3 Perkongsian bestari

4 Budaya

5 Bahan P&P

6 Tenaga Pengajar

7 Kewangan

Huraian ringkas yang berikut membolehkan anda membezakan antara pelbagai jenis kurikulum.

Kurikulum Bertulis/Yang Dihasratkan

  • kurikulum yang dimuatkan dalam panduan kurikulum negeri dan daerah seperti Kurikulum Kebangsaan iaitu KBSR/KBSM/Kurikulum Pra-Sekolah

Kurikulum Cadangan

o kurikulum yang dicadangkan oleh pakar-pakar pendidik, pertubuhan profesional,suruhanjaya pembentuk dan pembuat dasar

Kurikulum Masa Depan

- merangkumi pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan mereka memahami kekuatan dan kelamahan masing-masing serta berupaya belajar sepanjang hayat

4. Model Kurikulum

Terdapat pelbagai model kurikulum yang dibincangkan oleh Raplh Tyler (1949), Hilda Taba (1966) , Stenhouse (1975) dan Stake (1976).

a) Model Perkembangan Tyler

Berdasarkan 4 persoalan asas

i) Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai oleh sekolah?

ii) Apakah pengalaman pendidikan yang boleh diberikan yang mungkin

dapat mencapai tujuan tersebut ?

iii) Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh disusun secara

berkesan?

iv) Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan ini boleh dicapai atau sebaliknya?

Penekanan pada pembentukan objektif tingkah laku sebagai tujuan sebenar pendidikan bukanlah untuk guru melakukan sesuatu aktiviti tetapi untuk membawa perubahan signifikan dalam pola tingkah laku murid. Adalah penting untuk mengenal pasti bahawa sebarang pernyataan objektif sekolah adalah merupakan pernyataan perubahan yang berlaku dikalangan murid

Adalah sistematik dan memberi panduan yang kukuh untuk menentukan objektif tingkah laku dan menyediakan hasilan yang jelas supaya kandungan kurikulum dan kaedah penyampaian dapat disusun dan hasilannya boleh dinilai.

b) Model Perkembangan Taba

Kurikulum sebagai rancangan untuk bertindak

Pendekatan bawah keatas (bottoms-up) terhadap kurikulum di mana guru memainkan peranan utama. Peraturan tertentu untuk membina kurikulum dan guru harus membantu dalam proses perkembangannya

7 langkah dalam perkembangan kurikulum adalah :

i) mendiagnosis keperluan

ii) pembentukan objektif

iii) pemilihan kandungan

iv) pengurusan kandungan

v) pemilihan pengalaman pembelajaran

vi) pengelolaan aktiviti pembelajaran

vii) penilaian

c) Model Perkembangan Stenhouse

Kurikulum sebagai satu proses

Kurikulum bukan berbentuk fizikal tetapi berkaitan dengan interaksi guru, murid dan ilmu.

Kurikulum adalah perkara sebenar yang berlaku dalam bilik darjah dan dilakukan oleh seseorang untuk membuat persediaan dan penilaian. Proses yang aktif dan dihubungkaitkan dengan set penaakulan praktikal Aristotle Cubaan penyampaian prinsip-prinsip dan ciri-ciri pendidikan dalam satu bentuk terbuka

untuk penilitian kritis dan boleh diterjemahkan kebentuk prakital Perlu penyediaan asas untuk merancang sesuatu kursus , mengkaji secara emperikal dan mempertimbangkan alasan secara praktikal. Ia harus menawarkan :

a) Perancangan

- prinsip pemilihan kandungan – apa yang perlu diajar dan dipelajari

- prinsip perkembangan startegi pengajaran – bagaimana ia dipelajari dan diajar

- prinsip membuat keputusan tentang urutan

- panduan untuk guru bagi kesesuaian untuk melaksanakan kurikulum dalam pelbagai konteks

- maklumat tentang kepelbagaian kesan dalam konteks yang berbeza

Kurikulum adalah rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemahkan ke dalam pengalaman.

Perkembangan kurikulum ialah proses yang dinilainya diterjemah dan disusun ke dalam pengalaman pembelajaran.

Perkembangan kurikulum, sebagai satu proses , merupakan putaran asas yan mengandungi :menganalisis, mereka bentuk, melaksanakan dan menilai. Proses ini digunakan di semua peringkat dalam pembentukan konsep dan menyepadukan semua usaha untuk meningkatkan kualiti program persekolahan.

Kurikulum ialah segala pengalaman pembelajaran yang dirancang dan diarahkan oleh sebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan. Dibawah kurikulum akademik, terdapat pelbagai jenis kurikulum, seperti kurikulum integrasi, teras dan aktiviti atau pengalaman yang dapat digabungkan untuk membentuk kurikulum formal..

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: